Mistisisme di Alam Melayu Mistisisme

Aktiviti mistisisme yang dapat dikesan dalam masyarakat Melayu ialah

Pertapaan ialah aktiviti menyinsihkan diri di tempat yang sunyi, biasanya tidak makan dan minum. Ketika si pertapa menjalani pertapaan, ia akan menghadapi ujian-ujian daripada kuasa ghaib yang bertujuan menguji kesungguhan dan kekuatan jiwanya. Sekira si pertapa dapat mengatasi dugaan ini, maka jiwanya akan memperolehi kekuatan.

Gambaran mengenai aktiviti pertapaan boleh dijumpai dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Contohnya dalam Hikayat Hang Tuah ,dikatakan bahawa seorang pendekar Jawa Sang Wirana telah bertapa dalam bumi tujuh tahun tiada makan dan minum dan tiada tidur dan pelbagai rupanya dapat dijadikan.

Berkhalwat dalam kamus dewan bermaksud "mengasingkan diri di tempat yang sunyi kerana bertakafur, beribadat, dan lain-lain". Tetapi di juga harus dingatkan bahawa berkhalwat juga mempunyai maksud yang lain iaitu "Dua orang lelaki dan perempuan berada di tempat yang sunyi untuk tujuan yang jahat"

Dengan mengambil contoh daripada Hikayat Hang Tua, Hang Tua telah berbuat tempat berkhalwat di Bukit Jugra. Di sana, dikatakan Hang Tua "mengerjakan amar Allah siang malam, terlalu keras, tiadalah laksamana(Hang Tua) ingatkan pekerjaan dunia, melainkan syuhudnya pada Allah Taala semata-mata."(1995:585). Daripada gambaran ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa berkhalwat seakan "pertapaan dalam konteks keislaman".